Cara mudah untuk mengedit gambar menggunakan Photoshop CS5
Sering kali hasil gambar yang kita ambil menggunakan kamera adalah tidak
memuaskan. Ini adalah perkara yang biasa dan sering kali berlaku
mahupun kepada jurugambar profesional. Oleh itu, di sini saya ingin
berkongsi beberapa teknik yang mudah yang boleh anda guna untuk
menjadikan gambar anda lebih menarik.
1. Teknik yang pertama ialah Cropping.
Cropping digunakan untuk membuang bahagian gambar yg mengganggu, dan
untuk memperbaiki komposisi gambar. Untuk memilih bahagian gambar utk
di’crop’, sila gunakan rule of thirds, yang boleh dibaca daripada laman
wikipediahttp://en.wikipedia.org/wiki/Rule_of_thirds
Seperti contoh gambar di atas, saya meng’crop’ gambar tersebut supaya
subjek adalah lebih ‘prominent’ daripada imej asal. Command ‘Rectangular
Marque Tool’ digunakan untuk memilih bahagian gambar yang ingin
di’crop’, kemudiannya Command Image->Crop digunakan untuk
melaksanakan Cropping.
2. Teknik yang kedua ialah levelling utk memperbaiki contrast dan white balance.
Levelling digunakan untuk mengatasi masalah gambar yang kurang
kontras/’contrast’. Kontras gambar boleh dikenalpasti melalui histogram,
yang sedia ada pada semua kamera digital terkini. Contoh histogram
dalam Photoshop CS5 adalah seperti di bawah
Melalui histogram, kita dapat mengenalpasti bahawa gambar berkenaan kekurangan pixel yang gelap/dark, pada bahagian ‘Shadows’.
Utk melaksanakan command ‘level’, anda boleh gunakan toolbox pada sebelah kanan paparan, pilih Layers.
Click pada ‘Create new fill/adjustment layer’, pilih Levels.
Untuk memudahkan proses kerja, pilih Auto. Photoshop CS5 akan secara
automatik mengaturkan setting Levels supaya gambar akan lebih kontras.
Anda hanya perlu bermain dengan slider ‘mid tone’ utk mendapatkan warna
yang sesuai utk muka subjek.
Kemudian, utk white balance, gunakan eyedropper untuk memilih mana-mana
bahagian gambar yang bewarna putih. Level tool akan secara automatik
mengubah aturan level bagi 3 warna utama (RGB) untuk meberikan white
balance yg tepat bagi gambar tersebut.
3. Teknik yang ketiga ialah ‘Curve’ untuk mengawal ‘tonal’ dan
kontras gambar, lebih daripada apa yang diberikan oleh command Levels.
Layer ‘curve’ boleh ditambah melalui button ‘Crete new/adjustment
layer’, pada window Layers. Untuk gambar subjek manusia, kebanyakan
editing adalah untuk mendapatkan tonal muka yang lebih lembut dan
cantik. Oleh itu, curve seperti di bawah digunakan.
Hasil gambarnya adalah seperti di bawah
Dengan hanya 3 command ini, gambar ini telah berjaya diperbaiki menjadi jauh lebih baik daripada gambar yang asal.
Pada artikel lain, saya akan menceritakan bagaimana untuk menggunakan
‘Lightroom 3′ untk mengedit koleksi gambar-gambar dengan lebih cepat dan
mudah. Walaubagaimanapun, pengetahuan yang diperolehi daripada
penggunaan Photoshop amat membantu dalam pemahaman konsep editing
‘Lighroom 3′ nanti.
sumber : http://ardiyan-saputra.blogspot.com/2013/11/menerapkan-teknik-pengeditan-gambar.html








Tidak ada komentar:
Posting Komentar